PRU-14 : Tun Dr Mahathir & Anwar lwn Najib Rosmah! Cepat saksikan & sebarkan!

(17-8-2017)

DR Mahathir Mohamad menegaskan beliau bukan diktator kerana semasa jadi perdana menteri beliau letak jawatan secara sukarela dan tidak pula digantikan oleh anaknya sendiri.

“Diktator tidak akan letak jawatan. Mereka akan mempertahankan kuasa sampai mati, dan selalunya mereka digantikan oleh anak sendiri,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.

“Diktator juga tidak pernah tidak mendapat 99% sokongan kalau bertanding pilihan raya, sama ada pemilihan dalam parti atau dalam pilihan raya umum. Saya tidak pernah dapat 99% undi dalam mana-mana pemilihan.”

Bekas presiden Umno itu juga menyebut bagaimana semasa pemilihan presiden Umno, beliau hanya menang dengan 43 undi walaupun mendapat pencalonan daripada 80% bahagian.

Dr Mahathir mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan parti pada 1987 yang dicatat dalam sejarah politik negara sebagai pertembungan antara Team A dan Team B, yang kemudiannya membawa kepada pengharaman Umno setahun kemudian oleh Mahkamah Tinggi serta kemunculan parti serpihan Semangat 46.

“Saya mengetuai lima pilihan raya. Diktator selalunya tidak mengadakan pilihan raya, atau jika ada pun mereka akan menang 99% undi,” tambahnya.

Dr Mahathir mengulas kritikan terhadapnya sejak kebelakangan ini termasuk tindakan beberapa pihak yang mengungkit pentadbirannya dan menggelarnya sebagai diktator.

Kata bekas perdana menteri yang 22 memegang jawatan itu, gelaran buruk adalah cara paling berkesan untuk mengalahkan musuh dalam politik.

Dr Mahathir mengimbau bagaimana beliau pernah diberikan bermacam-macam gelaran termasuk sejak awal masuk politik lagi iaitu “ultra Melayu” yang anti Cina dan pelampau.

Apabila ada gelaran seperti itu, semua orang akan mula menggunakan gelaran itu apabila menyebut tentang orang berkenaan, dan orang berkenaan tidak akan ada masa untuk menepisnya, tambah beliau.

Gelaran “ultra Melayu’ itu lekat lama dan kata Dr Mahathir, beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk meyakinkan orang Cina yang beliau bukan begitu orangnya, sehinggalah dapat meraih sokongan mereka dalam Pilihan Raya Umum 1999.

“Saya menang dengan undi kaum Cina. Tetapi malangnya satu lagi gelar dilemparkan oleh penentang saya. Saya digelar diktator,” katanya.

Sejak itu, semua orang memanggil dirinya diktator, kata Dr Mahathir, khususnya wartawan setiap kali mereka membuat laporan berita tentangnya.

“Mereka gelar saya diktator bukan kerana mereka biasa dengan perangai atau perbuatan saya. Mereka hanya mengulangi gelaran yang diberi oleh penulis sebelumnya. Mereka tidak buat rujukan tentang apa yang sudah dibuat sehingga mendapat gelar itu,” katanya.

Dan sekarang, kata Dr Mahathir, Perdana Menteri Najib Razak pula memanggilnya diktator dan beliau rasa gelaran itu tidak masuk akal.

Ini kerana ia datang daripada seorang pemimpin yang tidak pernah dicabar dalam parti, yang memecat timbalannya dan menggerakkan penyingkiran pemimpin lain, kata Dr Mahathir, merujuk kepada pemecatan anaknya Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Malah, Najib, katanya, tidak membenarkan perkataan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 juta yang masuk ke akaun peribadinya daripada dibangkitkan dalam mesyuarat Umno.

“Rekod menunjukkan Najib diktator, seorang diktator yang kleptokratik,” kata Dr Mahathir. – 17 Ogos, 2017.

 

倪可敏经典政治笑話

(17-8-2017)

倪可敏经典政治笑話

  1. Pak Lah, Najib And Sami Vellu同坐直升機巡視。

Sami Vellu 說:如果我丟一千塊下去,撿到那一個人一定很高興。

Najib 說:如果我丟兩張五百元下去,那就有兩個人很高興了。

Pak Lah 說:如果我丟十張一百元下去,就有十個人很高興了。

這個時候 ………

駕駛員喃喃自語地說:何不把自己都丟下去,讓兩千一百萬人都高興呢?

2.  Sami Vellu 希望提高自己的聲望,想要發行一款有自己肖像的郵票…..

 發行過了一個多月之後,Sami Vellu 想要問看看視察看看銷路如何…..

Sami Vellu : 銷售情形怎麼樣?

郵政總局局長:還算不錯,只不過常常有人抱怨黏不牢!

Sami Vellu : 怎麼會呢?

Sami Vellu 隨手拿了一張郵票,塗了一點口水在郵票背面,便試貼在信封上…..

Sami Vellu : 這樣不是黏得很緊嗎?

郵政總局局長: 可是……大家….都把口水吐在正面啊…….

3.  深夜,Najib 去買宵夜,結果在路上遇到搶匪…

搶匪拿著槍指著Najib 說: 把身上的錢交出來!

Najib 勃然大怒說:你這什麼態度?我可是堂堂Prime Minister 耶!

搶匪:喔,那……把我的錢還來。

4.  某天,Prime Minister 、Parliment members…等大官一起參加一個會議,結果發生連環車禍,送至醫院急救,記者們聞風趕至醫院….稍久,醫生出來了,

記者忙著問: 醫生!醫生! Prime Minister 有救嗎?

醫生沮喪的搖搖頭說:唉..Prime Minister 沒救了…

記者又問:醫生!醫生! Muhidin 有救嗎?

醫生又沮喪的搖搖頭說:唉….也沒救了…

記者就問:那 ….到底誰有救?

醫生精神一振說: Malaysia 有救了!

5. 有一天Sami Vellu 往某家精神病院視察,所有的病人都站在走廊上高聲歡呼,

Sami Vellu 萬歲! Sami Vellu 萬歲!

只有一名病人面無表情,對Sami Vellu 不理不睬。

Sami Vellu 看到了,問院長說:那位病人為什麼不對我歡呼呢?

院長:因為他今天精神非常正常。

6.  一輛競選車載著Sami Vellu 競選團隊開到鄉村去造勢,不幸在山間小路上翻車。

正在農田作活的老農民看見這情景,就趕到出事地點,可是車上的人都死光了。

於是他挖了一個土坑,把幾個政客都埋了。

過了幾天,負責事故勘察的警察找到那個老農民,問他那幾個政客到哪裡去了,老農民說己經埋了。

警察趕緊追問:他們都死了嗎?

老農回答說:嗯…,我看到Sami Vellu 在我埋他的時候大叫說他還沒死。

警察說:那你怎麼也把他埋了?

老農說:』你知道的嘛? 這個Sami Vellu 從不說實話。

7. 納吉,英女王和布希都去世了,當然,都去了地獄。

三人在等待的時候, 發現有一個紅色的電話。

閻羅王看見三人很有興趣, 就說: 那是打回去家鄉用的電話。

布希立刻撥了一通電話回去美國,談了五分鐘。

閻羅王說:收費一百萬元。

布希二話不說, 就寫支票。

英女皇接著打電話回去英國,談了半小時。

閻羅王說:這次收費六百萬元。

英女皇臉不改容的寫支票。

納吉撥電話去馬來西亞,談了四個小時。

閻羅王說:收費十元。

布希和英女皇在一旁聽了, 都氣得臉紅耳赤!

布希大吼:為什麼他的收費那麼便宜?

閻羅王慢施條例的回答:自從納吉上任成為首相後,整個馬來西亞已經淪為地獄了,所以他撥打的是local call..