Imam masjid yang sakit menerima bantuan dari Ahli Parlimen DAP

Intisari berita :

Imam masjid yang sakit menerima bantuan dari Ahli Parlimen DAP

( Taiping 15/3/17)

Imam masjid yang sakit hari ini mendapat perhatian Ahli Parlimen DAP dan mendapat bantuan kewangan dari wakil rakyat tersebut yang prihatin.

Imam Masjid Hj Nordin yang berumur 76 tahun dan tinggal di Kampung Jalan Stesen, Kamunting telah diserang angin akhmar & akibatnya ia menyebabkan beliau uzur & pandangan matanya pun menjadi kabur.

Setelah mendapat tahu keuzuran imam masjid ini, pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini telah menziarahi rumah beliau dan menghulurkan bantuan kewangan secara peribadi untuk meringankan beban hidup imam masjid tersebut.

Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, pasukan khidmatnya sentiasa turun padang & melawat kawasan setiap minggu, DAP Perak juga sentiasa bersedia untuk mendengar kesulitan rakyat & mencari jalan untuk membantu. Beliau menegaskan bahawa perjuangan utama DAP adalah untuk mensejahterakan hidup rakyat & menegakkan keadilan social tanpa kira kaum mahupun agama kerana DAP menganggap semua kaum dalam negara kita sebagai satu keluarga besar.

Turut hadir hari ini termasuk ADUN Aulong Leoh Tyhe Yik, ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim, Ketua Amanah kawasan Taiping Mohd Saad serta ahli pasukan khidmat DAP Taiping.

( Gambar ) : Nga Kor Ming menziarahi rumah imam masjid Tuan Hj Nordin & memberi bantuan kewangan kepada beliau. Dari kanan Teh, Leow & Mohd Saad.