India’s PM Narendra Modi to meet Dr M on May 31

(28-05-2018)

India’s Prime Minister Narendra Modi will make a brief stopover in Kuala Lumpur to meet Malaysia newly-elected Prime Minister Dr Mahathir Mohamad, on May 31 (Thursday). According to India’s Ministry of External Affairs (MEA), this would be a stopover during Modi’s upcoming visit to Asean countries. Prime Minister Narendra Modi will visit the two other countries being Indonesia and Singapore on May 29 to 31 and May 31 to June 2 respectively.

This would be the first meeting between the two Prime Minister. The Indian leader is also expected to meet our Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail and her spouse Anwar Ibrahim during this coming visit which is also another first meeting between them. Modi’s last visit to Malaysia was on Nov 23, 2015. India is Malaysia’s largest trading partner in South Asia, with total trade amounting to RM61.43 billion in 2017. Modi’s visit to Indonesia and Singapore are at the invitations of the countries’ respective leaders and will include bilateral meetings with the leadership, delegation-level talks, and meetings with the business and Indian communities.

Prime Minister confirms KL-S’pore HSR scrapped

(28-5-2018)

Putrajaya’s decision to scrap the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) project is final, Tun Dr Mahathir Mohamad has declared. At a press conference today, the Prime Minister also said he was informed that the penalty for withdrawing from the agreement is close to half a billion ringgit. “This is a final decision, but it will take time because we have an agreement with Singapore. “I am told it is almost RM500 million,” he said but added that he would confirm the exact compensation figure at a later date.

According to Tun Dr. Mahathir, the HSR is not beneficial, as it only shortens the travel distance between Malaysia and Singapore by one hour, but would cost Malaysians a large sum of money. “We will make no money at all for this operation,” he stressed. Asked if the Singapore government was informed or whether he would meet his counterpart on this matter, Mahathir said: “I don’t know.” However, he added that the government plans to scrap the project in “the least cost possible”. It was an ‘Unnecessary project’. Mahathir had earlier told the Financial Times that the HSR project was one of the country’s “unnecessary projects,” and belt-tightening measures were needed to avoid the country being declared bankrupt. “We need to do away with some of the unnecessary projects, for example, the High-Speed Rail project which is going to cost us RM110 billion, and will not earn us a single sen. That will be dropped,” he was quoted as saying.

The HSR project was conceived as part of the previous Barisan Nasional administration’s Economic Transformation Programme in 2010. The bilateral agreement with Singapore was inked six years later. Two project delivery partners – the Malaysian Resources Corporation Bhd-Gamuda Bhd consortium and the Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd consortium – signed on to the project last month. The project was aimed at cutting travel time between Kuala Lumpur and Singapore to just 90 minutes. The Financial Times also quoted Tun Dr Mahathir as stating that his government would be renegotiating several “unequal treaties” with China too which including the East Coast Rail Line (ECRL) project. Like the High Speed Rail, the East Coast Rail Line has been branded by critics as another of the previous Najib administration’s non-viable, big-ticket projects.

ECRL involves an RM55 billion loan from a China-owned bank and the employment of a state firm as the main contractor.

Gobind: RTM perlu ubah wajah dalam 6 bulan

(28-5-2018)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menonjolkan imej baharu dan lebih agresif dalam tempoh enam bulan sebagai usaha menarik lebih ramai penonton, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Gobind berkata perubahan itu bagi memastikan stesen berita paling utama itu mampu bersaing secara sihat atau lebih baik berbanding stesen televisyen swasta yang lain termasuk di peringkat antarabangsa.

“Apa yang kita siarkan kepada rakyat adalah sangat penting kerana ia mencorakkan cara pemikiran rakyat, justeru kita kena lihat kepada wajah RTM itu sendiri dan ramai memberi maklum balas kepada saya bahawa RTM kena ada perubahan drastik. “Jadi hari ini saya telah minta kepada pengurusan (RTM) supaya kita lihat kepada penyaing kita seperti CNN dan Al-Jazeera yang menyediakan bahan yang menarik untuk penonton kerana dalam bidang ini kita nak tarik minat penonton dan kalau orang tak lihat program kita maka program itu tidak berjaya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di RTM dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di Angkasapuri hari ini.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau berkata RTM perlu memberi perhatian kepada kandungan yang lebih segar, telus, pantas dan bertepatan dengan kehendak semasa penonton. Gobind juga tidak menolak kemungkinan menjadikan setiap saluran di RTM lebih spesifik mengikut kategori penonton. “Saya dengar pandangan yang diberikan dan ada yang menarik. Setakat ini kami lihat kemungkinan ada saluran khusus mungkin untuk berita saja atau sukan saja dan perkara-perkara lain. “Ini cadangan yang baik tapi saya mahukan lebih lagi kerana apa yang dikumpul dalam enam bulan ini saya nak bawa ke Kabinet. Ini supaya kita boleh ubah keseluruhan wajah RTM, lebih terkini dengan cabaran bukan sahaja di rantau Asia tapi seluruh dunia.

“Media ada di mana-mana, suka tak suka kita perlu adakan perubahan sistem supaya kita boleh menarik perhatian penonton seluruh dunia dan boleh bersaing dengan media sedia ada,” katanya. -Bernama

Najib sindir ‘ekonomi pulih’ dalam 2 minggu

(27-5-2018)

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau hairan bagaimana ekonomi negara didakwa pulih dalam tempoh yang singkat selepas dikatakan sebelum ini dalam keadaan krisis. “Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh.

“Cuma dua minggu lebih sahaja? (diambil oleh kerajaan untuk pulihkan ekonomi),” katanya secara sinikal melalui Twitter. Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas artikel yang disiarkan semalam yang memetik Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh. “Kita perlu ingat bahawa asas ekonomi Malaysia masih kuat dan kukuh,” kata Lim ketika mengulas berhubung keadaan semasa ekonomi negara. Sebelum PRU14, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sering mendakwa ekonomi negara dalam keadaan tenat dan sedang menuju bankrap.

Pengerusi HARAPAN yang juga merupakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mendakwa hutang negara melebihi RM1 trilion. Bagaimanapun, Lim pada Khamis lalu menjelaskan jumlah RM1 trilion itu termasuk RM199.1 bilion dalam jaminan kerajaan dan RM201.4 bilion dalam bayaran pajakan untuk kerjasama awam dan swasta.

Jumlah hutang sebenar adalah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus keluaran dalam negara kasar yang dipetik Najib di bulan terakhirnya menjadi perdana menteri.

Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

(27-5-2018)

Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran. Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).

“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat. “Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, Tapah malam ini. Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri. Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul. “Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara. “Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya,” katanya. Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.

Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka. – Bernama