Najib letak jawatan Presiden Umno dan Pengerusi BN

(12-05-2018)

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN. Najib mengumumkan perkara itu pada sidang media di Menara Dato Onn, ibu negara hari ini. Dengan perletakan jawatan itu juga Biro Politik Umno memutuskan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden parti. Selain Ahmad Zahid, turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin kanan lain dalam Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kata Najib, mesyuarat biro politik yang bersidang sebentar tadi, kami mengambil kira keadaan semasa “yang begitu getir” kesan pilihan raya umum Rabu lalu. “Memandangkan bahawa Umno dan BN telah mengalami kekalahan amat berat maka saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN mengmbil keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta,” katanya. Tiada tolok banding. Ekoran perlantikan Ahmad Zahid, Hishammuddin pula dilantik oleh parti itu untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN. “Ketiga-tiga sayap Umno memberi sokongan sepenuhnya kepada cadangan ini,” kata Najib. Untuk rekod, Ahmad Zahid dan Hishammuddin ialah Naib Presiden Umno. Jawatan Timbalan Presiden parti itu kosong berikutan pemecatan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Jun 2016. Pada sidang media sama Najib turut memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno. Kata Najib, beliau yakin bahawa Umno dan BN merupakan parti yang tiada bandingannya. “Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli Umno dan saya beri jaminan saya tidak akan tinggalkan Umno dan terus menyokong Umno.

“Sebab tak ada parti yang ada tolok bandingan dengan Umno dan BN. Insya-Allah Umno akan terus hidup,” kata anggota parlimen Pekan itu lagi. Selain itu, dengan wajah sugul Najib turut memberitahu kekalahan BN memberi peluang kepada parti itu membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada. “Mungkin ini memberi peluang pada kami untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam parti. “Walaupun mungkin ini banyak berkisar soal persepsi dari realiti, tapi itulah… siapa yang menang dalam perang persepsi, dia mungkin dapat menguasai sokongan rakyat,” kata Najib lagi.

Selepas habis sidang media, Najib kemudian berpelukan dengan Zahid dan Hishammuddin sebelum bersalaman dengan penyokong Umno.

Dr M announce new cabinet line-up, appoint advisory council and instructs police to unseal 1MDB Audit Report.

(12-05-2018)

Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has announced three of the ministers in the new cabinet line-up. The three ministers are DAP Secretary-General Lim Guan Eng as Finance Minister, Amanah President Mohamad Sabu as Defence Minister and Bersatu President Muhyiddin Yassin will be the Minister of Home Affairs. “We have not named the seven other ministers yet.” “We request the four parties from the coalition to submit three names from each party for the consideration of the Prime Minister,” Mahathir said in a press conference at the Bersatu headquarters today.

Meanwhile, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has also appointed a Council of Elders comprising eminent persons who will serve as advisors to the government.  He listed the former Finance Minister Tun Daim Zainuddin, former Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz, former Petronas President Hasan Merican, Malaysian tycoon Robert Kuok, and well known economist Jomo Kwame Sundaram as members of the council. Besides that, Prime Minister also has ordered police to lift the Official Secrets Act (OSA) seal on the 1MDB audit report. “They will then submit the report to me and I will study it,” Mahathir said at a press conference in Bersatu’s headquarters in Petaling Jaya today. The 1MDB audit report was tabled to the parliamentary Public Accounts Committee (PAC) in April 2016. However, then auditor-general Ambrin Buang sealed the documents under the OSA, and it was never debated in Parliament. Whistleblower site Sarawak Report, however, leaked an alleged copy of the report in July 2016.

The press conference, which started around 3.30pm, comes after a Pakatan Harapan presidential council meeting that started earlier in the morning.

HARAPAN dapat mandat bentuk kerajaan negeri Perak

(12-05-2018)

Pakatan Harapan Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk menyertai HARAPAN. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi HARAPAN Perak Ahmad Faizal Azumu. “Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak. Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama 31 pemenang kerusi DUN termasuk dua daripada BN yang enggan didedahkan identiti mereka menghadap Sultan Nazrin Shah bagi membuktikan Pakatan Harapan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Ahmad Faizal yang juga selaku Pengerusi Parti BERSATU negeri Perak tidak menolak kemungkinan yang lebih ramai wakil BN akan menyertai Pakatan Harapan. “Kita akan menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap. Hentikan politik. Mulai sekarang kita tumpukan kepada pembangunan negeri dan perkhidmatan yang lebih sempurna,” katanya. Ahmad Faizal bagaimanapun enggan mendedahkan tentang calon Menteri Besar Perak dan berkata senarai calon tersebut telah dibincangkan di Majlis Presiden HARAPAN. “Kita serahkan nama-nama calon Menteri Besar kepada Tuanku,” katanya.

Pada PRU14 Rabu lepas, Parti Harapan yang terdiri daripada 4 komponen Parti iaitu PKR, DAP, Bersatu dan AMANAH berjaya menguasai 29 daripada 59 kerusi DUN manakala BN menang 27 dan PAS memenangi tiga kerusi.

Anwar bebas beberapa hari lagi

(11-05-2018)

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan beberapa lagi lagi, bukan hari ini seperti dilaporkan sebuah media sebentar tadi. “Saya hilang suara. Sudah perjelas pada Sinar yang salah dengar cakap saya – akan dibebaskan segera, dalam beberapa hari lagi. Tetapi kita harap hari ini,” kata anak Anwar, Nurul Izzah. Memetik Nurul, Sinar Harian sebentar tadi melaporkan Anwar “insya-Allah” akan dibebaskan hari ini. Nurul dipetik berkata demikian ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat Anwar dirawat. Akhbar itu juga melaporkan beberapa dokumentasi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini juga berkata: “Bukan hari ini”. Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi menjelaskan “Pengampunan dan pembebasan adalah dua perkara yang berbeza”. Beliau juga memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Anwar di pusat rawatan itu hari ini. Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar menafikan pertuduhan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik. Beliau sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun depan. Sementara itu, Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan Anwar dilapor menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan. Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di situ seawal jam 12 tengah hari.

Mahathir hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan penuh diraja kepada Anwar, yang membolehkannya terus bergiat dalam politik.

Dr M jumpa Taib, PBB nilai semula kedudukan dalam BN

(11-05-2018)

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, menurut seorang pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, mesyuarat itu turut dihadiri bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur. “Taib akan memanggil Ketua Menteri Sarawak Abang Johari sama ada hari ini atau esok untuk bertemu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin PBB itu tidak menolak kemungkinan membentuk gabungan di peringkat negeri, yang dirancang sebelum pilihan raya umum ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan Pakatan Harapan. “Kerajaan negeri yang bebas dari BN akan membawa idea agenda Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. Katanya, Abang Johari akan memanggil mesyuarat tergempar pada Rabu depan dengan anggota parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan nasib mereka dalam BN. BN Sarawak terdiri dari empat parti iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP.