CEO Bursa Malaysia mungkin ditukar

(7-6-2018)

Malaysia dijangka menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, kata dua sumber hari ini dalam perubahan pengurusan kanan terbaharu oleh kerajaan baru.Bagaimanapun, dua sumber itu tidak menyatakan sebab mengapa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggantikan Tajuddin Atan di Bursa Malaysia. Difahamkan, kontrak beliau akan berakhir pada Mac tahun depan.

Seorang penasihat kerajaan memaklumkan kepada Reuters bahawa seorang menteri memberitahu beliau perkara itu adalah ‘salah satu daripada keutamaan’ yang dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini, namun tiada keputusan dicapai mengenainya.”Perkara ini dibincangkan, cuma mereka tidak dapat membuat keputusan lagi,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya.Ketika sidang media selepas mesyuarat kabinet, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu itu tidak dibentangkan. “Saya tidak nampak ia dalam agenda,” katanya.Dua sumber berkata, antara calon yang sedang dipertimbangkan sebagai bakal pengganti Tajudin termasuk seorang calon dari luar negara di Hong Kong dan dua calon dari dalam negara.”Kami tidak mengulas berita spekulasi,” kata jurucakap Bursa Malaysia mengenai perkembangan itu.Malaysia menolak perikatan yang memerintah negara selama enam dekad, sejak kemerdekaan dalam keputusan pilihan raya mengejut, bulan lalu disebabkan tuduhan skandal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan baharu diterajui Mahathir, 92, kini menyiasat dakwaan rasuah sepanjang 10 tahun pemerintahan Najib dan keadaan itu menjejaskan banyak jawatan kanan dalam sektor kerajaan dan swasta.Mahathir turut menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia hari ini dalam peletakan jawatan terbaharu dalam kalangan pegawai kanan.Tajudin dilantik sebagai ketua Bursa Malaysia pada 2011. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan RHB Capital Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *