Khairy cetus kemarahan pengundi India, kata Rafizi

(1-5-2018)

PRU14 | Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan mencetuskan “kemarahan pengundi” di Rembau setelah calon PKR Rantau Dr S Streram mendakwa dihalang daripada menyerahkan kertas pencalonannya, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.Rantau merupakan kerusi DUN di bawah kerusi Parlimen Rembau. Rafizi memberitahu pemberita hari ini ini berdasarkan penemuan terbaru kajian pilihan raya Invoke, ia menunjukkan sokongan pengundi India cenderung ke arah HARAPAN.

“BN kini bertahan kerana sekarang mereka sedar keuntungan jangka pendek memenangi satu kerusi tanpa bertanding di Rantau mungkin menyebabkan kemarahan terhadap BN terutama di kalangan pengundi India,” kata Rafizi yang merupakan pengasas tinjauan Invoke.

Merujuk kes Streram, Rafizi berkata Invoke telah membantu beliau di Rantau sejak dua tahun yang lalu dan juga mengenal pasti kawasan itu sebagai antara bilangan pengundi India paling ramai di seluruh negara.”Jadi sekurang-kurangnya dia harus dibenarkan bertanding.

“Apabila beliau tidak dibenarkan bertanding dalam situasi terdapat kira-kira 45 peratus pengundi India, kemarahan di kalangan mereka cukup jelas,” kata Rafizi.Menteri besar sementara Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menang kerusi Rantau tanpa bertanding selepas Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat pencalonan kerana beliau tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rakaman video kejadian itu menunjukkan Streram cuba masuk sementara polis membentuk satu barisan untuk menghalang beliau berbuat demikian.Sebelum ini, Rafizi mendakwa pegawai polis dan SPR sengaja menghalang Streram daripada memfailkan kertas pencalonannya sehingga 10.03 pagi, beberapa minit selepas tempoh penamaan ditutup.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun menafikan dakwaan Rafizi dan mengatakan pasukannya hanya membantu pegawai SPR yang bertugas di pusat pencalonan. Fuzi juga berkata pihak polis tidak akan teragak-agak untuk memanggil Rafizi untuk siasatan jika beliau berkeras mengulangi dakwaannya itu.Sabtu lalu, Khairy membuat laporan polis berhubung dakwaan Rafizi yang dikatakan mengaitkan dirinya dengan kejadian pada hari penamaan calon itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *