Najib pandang rendah pasukan tentera, polis

(3-4-2018)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan telah menghina integriti pasukan tentera dan polis apabila cuba menakut-nakutkan dua pasukan keselamatan itu melalui permainan politik kotor dan perkauman menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Najib telah berbohong di hadapan pimpinan tertinggi dua pasukan itu apabila mendakwa konsep ‘Malaysian Malaysia’ DAP kononnya mungkin akan membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.Menyanggah dakwaan Najib itu, Lip Eng berkata Presiden UMNO tersebut nampaknya hanya mampu menyerang Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan tipu daya dan fitnah khususnya terhadap DAP.“Selain daripada skandal antarabangsa 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tiada apa-apa untuk dibanggakan sangat sejak menjadi PM sejak 9 tahun lalu.“Ini sebabnya kenapa Najib hanya mampu menyerang Pakatan Harapan dengan tipudaya dan fitnah; terutamanya terhadap DAP,” katanya dalam kenyataan.Beliau menegaskan, di sebalik tohmahan tersebut, profesionalisme dalam pasukan tentera dan polis pastinya akan ditambahbaik apabila HARAPAN menang dalam PRU14. “Negara memerlukan anggota polis dan tentera yang terlatih secara profesional bagi mempertahankan tanahair dan memelihara kesejahteraan rakyat.

“Kita juga memerlukan bilangan anggota yang mencukupi untuk masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu mereka pada saat-saat memerlukan,” katanya. Ujarnya, jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Harapan dalam PRU akan datang, pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan pasukan Gerak Khas polis pastinya akan diberikan peluang latihan dan peralatan yang selayaknya untuk menjadi pasukan operasi khas setaraf SEAL dan SWAT terbaik di rantau Asia Tenggara.

“Najib memandang rendah pasukan tentera dan polis, seolah-olah mereka itu seperti Jho Low dan Riza Aziz,” katanya lagi. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *