Malu Kita Perdana Menteri Dituduh Pencuri, kata MUHYIDDIN.

(17-3-2018)


Bila Najib nak saman media-media antarabangsa?

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini membangkitkan persoalan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil tindakan saman terhadap media antarabangsa di atas dakwaan salah laku penyelewengan dana melibatkan 1MDB. Sedangkan, beliau tidak pula teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan beberapa portal atas talian dalam negara ini.

Menurutnya, sejak digemparkan dengan pendedahan Wall Street Journal pada Julai 2015 lalu, Najib pada 5 Julai 2015 dilapor media mengumumkan untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar terbabit pada Selasa minggu yang sama. “Semua media kita pada 5 Julai 2015 melaporkan Najib akan saman WSJ pada hari Selasa. Kabinet Najib juga telah memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menyaman WSJ malah setiausaha politiknya juga menganggap dakwaan WSJ itu sebagai ‘jenayah fitnah’.

“Tetapi, Selasa demi Selasa berlalu tanpa sebarang tindakan,” kata Nie Ching. Pendakwaan serius ‘rompakan’ dana berdaulat negara 1MDB itu makin menjadi-jadi apabila beberapa media antarabangsa lain turut membuat pendedahan. Majalah Tempo baru-baru ini membuat laporan eksklusif 12 mukasurat berhubung rampasan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low yang ‘Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak.’

“Sekarang, majalah Economist dan MSNBM secara terang-terangan mendakwa najib sebagai ‘pencuri’. “Jika Robert Kuok mahu menyaman Raja Petra kerana memburukan namanya, mengapa tidak Najib? Seorang yang memimpin 32 juta rakyat Malaysia yang juga pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia. “Mengapa beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa jika laporan mereka fitnah dan berniat jahat?” soalnya lagi. – Roketkini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *