Video Parlimen : Kantoi! Janji KOSONG BN bina hospital baru di Perak dibidas oleh Ahli Parlimen Taiping! Saksi & Sebarkan!

(6-11-2017)

Video Parlimen : Kantoi! Janji KOSONG BN bina hospital baru di Perak dibidas oleh Ahli Parlimen Taiping! Saksi & Sebarkan!

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi maklumat salah berhubung peruntukan kesihatan yang diberikan kerajaan pada tahun lalu.

Beliau merujuk kepada jawan parlimen dari kementerian itu yang mendakwa kerajaan telah memberi peruntukan kesihatan melebihi tujuh peratus Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) sebagaimana disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Terdapat perbezaan besar antara belanjawan negara dan KDNK, yang mana kementerian seharusnya maklum.

“Tujuh peratus itu bukannya dari belanjawan negara tapi berdasarkan KDNK,” katanya dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

Menurutnya, Laporan Perbelanjaan 1997-2024 menunjukkan perbelanjaan kesihatan daripada KDNK antara 1998 dan 2014 adalah antara 2.9 hingga 4.49 peratus.

“Maka, jawapan kementerian yang kerajaan telah memperuntukkan RM24.8 bilion, berjumlah 9.5 peratus daripada bajet 2017, mengejutkan.

“Jawapannya juga mengelirukan dan sepatutnya dianggap menghina Parlimen kerana jumlah perbelanjaan kesihatan pada masa itu hanaya 4.4 peratus.

“Tujuh peratus daripada KDNK 2016 akan berjumlah RM47.5 bilion dan bukan RM27 bilion yang diperuntukkan dala bajet 2017,” jelasnya.

Charles turut menggesa kerajaan menambah peruntukan setaraf dengan syor antarabangsa bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat rawatan perubatan yang mencukupi dan menyeluruh.

Ia katanya adalah mustahak dengan meningkatnya populasi masyarakat berusia negara ini ditambah dengan kelembapan ekonomi termasuk jumlah pesakit yang semakin ramai ke perkhidmatan awam berbanding swasta.

Keadaan itu akan menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan alat dan ubat-ubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *