Perbahasan PANAS Ahli Parlimen TAIPING di Dewan Rakyat, saksikan & Sebarkan!

(1-11-2017)

Perbahasan PANAS Ahli Parlimen TAIPING di Dewan Rakyat, saksikan & Sebarkan!

MENTAKAB, 1 NOV: Lima cawangan pasar raya Giant yang bakal ditutup pada 5 November ini terus menimbulkan spekulasi awam terhadap kedudukan ekonomi negara.

Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan spekulasi negatif tersebut, alasan sedemikian sukar diterima masyarakat awam kata Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

“Jika Giant mahu kecilkan saiz pasarayanya, tentu ada sebab yang munasabah.

“Jika alasannya untuk mengurangkan kos pentadbiran atau penyelengaraan, persoalan seterusnya ialah mengapa begitu?

“Mungkinkah untuk menjimatkan kos dan penambahan keuntungan? Atau mungkin sebab penyewa-penyewa sub lot sudah berkurang atau tak mampu nak bayar sewa atau perniagaan kurang menguntungkan,” katanya kepada Roketkini.

Hamzah dilapor media berkata, Giant mengambil keputusan sedemikian bagi mengecilkan saiz cawangan tersebut.

“Mereka masih dalam perbincangan dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya kepada media semalam.

Mengulas kenyataan itu, Tengku Zul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab berkata, tindakan mana-mana pihak syarikat menutup cawangan perniagaan mereka biasanya bersandarkan kepada situasi ekonomi semasa.

“Jawapan akhirnya adalah ekonomi negara teruk, rakyat takut untuk berbelanja, nilai duit kecil dan mungkin juga rakyat tak ada duit, ini semua berkaitan dengan ekonomi negara,” katanya.

Semalam, media melaporkan lima pasar raya Giant di Sri Manjung, Perak; Sungai Petani, Kedah; Shah Alam dan Selayang Lama di Selangor; dan Sibu, Sarawak akan ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *