Perak gagal membina rumah mampu milik utk Rakyat, negeri kedua termiskin dari segi pendapatan purata.

BERITA TERKINI : Perak gagal membina rumah mampu milik utk Rakyat, negeri kedua termiskin dari segi pendapatan purata.

1. Di negeri Perak, terdapat 4341 orang pemohon rumah mampu milik dari 2012-2014 tetapi setakat ini kerajaan hanya mampu bina 240 unit, iaitu hanya 5% dari jumlah permintaan dipenuhi. Di antara 4 projek perumahan rakyat, hanya 1 saja yang siap, yang lain semua gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Perak gagal membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin malahan menduduki tangga ke2 paling bawah, hanya mendahului Kelantan.

Dalam tempoh 8 tahun dari 2008 hingga 2015, laporan NAIC menunjukkan Perak hanya membina 871 unit rumah kos rendah malahan dalam 3 tahun berturut-turut dari 2012-2014, kosong 0% unit dibina.

Sebaliknya : –

Juara bina rumah kos rendah adalah Selangor(14,167 unit) & naib juara Penang(10,233 unit). Dua-dua negeri di tadbir oleh Pakatan.

3. MB Inc gagal bentang penyata akaun kewangan dalam Dewan 5 tahun berturut-turut sejak 2012 dan melanggar undang-undang Akta State legislative Assembly competency Act 1962.

4. MB Inc juga gagal membina rumah mampu milik utk rakyat & hanya mengkayakan kroni sahaja. Selain itu, MB Inc perolehi tanah pembangunan lebih 2,000 ekar tanpa tender terbuka. Oleh itu, ketua audit negara perlu mengaudit akaun MB Inc dan 7 anak syarikatnya dibawah Akta Audit 1957 dengan segera.

5. Perak terpinggir dari segi pembangunan kerana semua 24 projek perdana yang menelan belanja RM134.7 billion terletak di luar negeri Perak. Ini terbukti BN gagal bangunkan negeri Perak, akibatnya Perak merosot menjadi negeri kedua paling miskin dari segi pendapatan purata rakyat jelata.

Sudah tiba masa utk Ubah, undur Najib, tak nak BN.