Keputusan kerajaan Negeri Perak bahawa Menteri Besar Perak tidak perlu mengisytiharkan harta kepada Dewan Negeri bercanggah dengan prinsip ketelusan & akauntabiliti

Kenyataan Media :

Keputusan kerajaan Negeri Perak bahawa Menteri Besar Perak tidak perlu mengisytiharkan harta kepada Dewan Negeri bercanggah dengan prinsip ketelusan & akauntabiliti

( Ipoh 19hb April, 2016)

1. Kerajaan negeri Perak pada Februari, 2012 telah memutuskan bahawa anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak perlu mengisytiharkan harta mereka kepada dewan negeri dan keputusan tersebut adalah jelas melanggar prinsip ketelusan & akauntabiliti.

2. Mengikut keputusan MMK kerajaan negeri Perak Bil 1691 pada 29/2/2012, Ahli MMK hanya perlu mengisytiharkan harta mereka kepada Menteri Besar dan bukan Dewan Negeri malahan Menteri Besar pula tidak perlu mengisytiharkan hartanya kepada institusi perundangan tersebut.

3. Keputusan sedemikian adalah mengecewakan kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran kerajaan yang bersih. Amalan sedemikian tidak membantu dalam mengelakkan isu RM2.6 bilion daripada berulang pada masa depan kerana ketiadaan ketelusan dalam aspek harta benda barisan MMK.

4. Perlu diperhatikan kerajaan Pulau Pinang dibawah Pakatan Harapan telah mengkehendaki Ketua Menteri dan barisan exconya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan diaudit oleh akauntan bertauliah sejak tahun 2010. Selain itu, kerajaan negeri Selangor juga mengkehendaki pimpinan kerajaan mengisytiharkan harta mereka di laman web rasmi kerajaan Negeri. Adalah amat kecewa di mana kerajaan Negeri Perak telah gagal mencontohi teladan baik oleh negeri pimpinan di bawah Pakatan.

5. Mengikut laporan media, kerajaan Pahang telah dilaporkan sedang bercadang utk mengisytiharkan harta Menteri Besar dan anggota MMKnya pada tahun ini maka keputusan kerajaan Negeri Perak adalah amat mengecewakan dan gagal mencerminkan pentadbiran yang telus & bersih.

6. Pakatan Harapan mencabar kerajaan negeri BN dengan segera memperbaiki keadaan. Keputusan MMK perlu dipinda dan kerajaan negeri dikehendaki meminta nasihat dari SPRM utk garis panduan pengisytiharan harta supaya ia dapat memenuhi hasrat rakyat melihat sebuah kerajaan yang bersih dan penuh bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

YB Nga Kor Ming

ADUN Kepayang/Pengerusi DAP Perak.

19hb April, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *