Jawatankuasa Negeri DAP Perak sebulat suara memutuskan usul-usul berikut: –

1. Kedua-dua pertuduhan terhadap Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng adalah pertuduhan tanpa asas dan merupakan pendakwaan pilihan bermotif politik. Jawatankuasa Negeri Perak menyokong sepenuhnya segala usaha parti untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

2. Adalah jelas Sdr Lim Guan Eng tidak ada sebarang kuasa atau pengaruh ke atas unit pendakwaan iaitu pejabat Peguam Negara mahupun SPRM. Oleh itu, Jawatankuasa Negeri DAP Perak memutuskan bahawa tiada keperluan untuk Saudara Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau untuk beliau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai Ketua Menteri.

3. Jawatankuasa Negeri DAP Perak memberi sokongan penuh kepada pimpinan Sdr Lim Guan Eng dan percaya bahawa beliau adalah tidak bersalah sebaliknya pendakwaan pilihan oleh peguam negara sendiri terbukti integriti institusi negara telah tergadai dan dalam keadaan amat membimbangkan.

Nga Kor Ming

Pengerusi Jawatankuasa Negeri DAP Perak
30 Jun 2016.