Dr Mahathir Kata Najib Pencuri, Perompak, Penyamun, Penyangak…

(5-8-2017)

Dr Mahathir Kata Najib Pencuri, Perompak, Penyamun, Penyangak…

DR MAHATHIR MOHAMAD, pada setiap hari setiap malam semasa berceramah dipentas parti Bersatu dan Pakatan Harapan, akan mengucap perkataan pencuri, penyamun, penyangak dan perompak terhadap Perdana Menteri Najib Razak.

Dr Mahathir mengulang-ulang perkataan-perkataan tersebut tanpa rasa takut dan seolah ia adalah satu kebenaran.

Sehingga ada rakyat yang bertanya kenapa Najib tidak mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir di atas tuduhan dan perkataan-perkataan yang digunakan terhadapnya.

Apakah Najib tidak mahu terperangkap dengan mainan politik Dr Mahathir?

Dengan tidak memberi sebarang respons terhadap Dr Mahathir itu maka rakyat boleh menganggap tuduhan tersebut adalah benar.

Seperti kata Dr Mahathir secara sinikal, “kulit Najib terlalu tebal” sehingga segala tuduhannya itu tidak memberi sebarang kesan pada Najib.

Najib mungkin tidak mahu melayan Dr Mahathir kerana tidak mahu diheret rentak politik orang tua itu.

Namun sikap konsisten Dr Mahathir dengan menuduh Najib sebagai perompak, pencuri, penyamun dan penyangak secara berulang-ulang kali telah memberi kesan mendalam pada khalayak umum.

Mungkin ia mampu menarik lebih ramai pengundi Umno beralih angin mengundi calon parti Bersatu pada PRU 14 ini.

Pemimpin Umno yang patut malu apabila menjadi pemimpin negara yang dirujuk sebagai ‘global kleptocracy’ atau negara yang diperintah oleh PPP – pencuri, perompak dan penyamun, kata ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, pembangkang tidak perlu malu dengan tindakan mereka meninggalkan Dewan Rakyat ketika perdana menteri sedang membentangkan belanjawan negara.

“Saya tidak pernah rasa semalu ini selepas umur saya 75 tahun hidup di negara yang saya sayang ini di mana saya bersedia untuk berkorban kebebasan saya tetapi sangat malu apabila negara saya dikenali seluruh dunia sebagai negara ‘global kleprocracy’ yang diperintah oleh PPP – Pencuri, Perompak dan Penyamun!” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaludin yang mempertikaikan tindakan pembangkang keluar meninggalkan Dewan Rakyat ketika Najib sedang membentangkan Bajet 2017.

Bagi beliau, Parlimen adalah tempat yang pertama patut dinyatakan penentangan dan protes secara nyata dan jelas ke seluruh dunia terhadap gelaran ‘global kleprocracy’ ini.

“Tidak ada pilihan untuk Parlimen dan negara untuk hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa gelaran yang diberikan dunia bahawa Malaysia adalah ‘global kleptocracy’,” kata Kit Siang.

Media dunia menyerang Malaysia sebagai ‘global kleptocracy’ atau negara pengubah wang haram ekoran skandal 1MDB yang dikaitkan dengan perdana menteri Najib.

Jababatan Kehakiman (DoJ) Amerika telah mengambil tindakan dengan membekukan semua aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara itu manakala Singapura juga membuat tindakan mereka termasuk menutup dua cawangan bank yang terlibat dengannya.

Pembangkang mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat ketika Najib sedang menyampaikan Bajet 2017 Jumaat lalu apabila Najib bertanya, siapa bersandiwara dan diikuti dengan kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, “MO1”.

Najib dalam ucapannya berkata beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

“Baru-baru ini kita mendengar ada pihak buat tuduhan bahawa Bajet 2017 satu sandiwara kononnya tanpa substance kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.

“Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada kaumnya.

“Saudara saudari sekian saya nak tanya disini… siapa yang main sendiwara…siapa yang tiada substance..dimana mulanya timbul ribut ini?,” tanya Najib beberapa kali sebelum dijawab ahli parlimen pembangkang yang berteriak “MO1”.

Najib kemudian berkata, beliau tidak kesah kalau ahli pembangkang keluar.

“Saya boleh simpulkan seperti berikut…. (suasa riuh rendah) dengar- dengar ya…Kalau nak keluar keluarlah takpa,” kata Najib.

Walau bagaimanapun, melihatkan bantahan Ahli Parlimen pembangkang berlarutan, Speaker meminta mereka keluar dari Dewan Rakyat.

“Ahli yang berhormat jika tidak minat dengar bajet dengan tabiat begini sila keluar,” kata Pandikar diikuti dengan tindakan semua ahli parlimen pembangkang keluar kecuali dari Pas dan beberapa yang lain.

kita telah meneliti asal usul dan latarbelakang kertas penyiasatan dari pejabat peguam Amerika Syarikat yang telah menamakan anak tiri Malaysian Official 1 dan kuncu-kuncunya sebagai memiliki pelbagai aset yang telah dibeli secara haram menggunakan wang 1MDB. Kertas penyiasatan itu juga telah menyatakan bahawa Malaysian Official 1 telah menerima secara haram duit berbillion-billion wang dari 1MDB. Dan semua sudah tahu, malah menteri pun telah mengaku bahawa Malaysian Official 1 adalah Najib Razak.

Di dalam bahagian kedua, kita telah melihat bukti-bukti yang disediakan yang menunjukkan Jho Low sewenang-wenangnya menggunakan wang 1MDB untuk berbelanja dan membeli aset-aset peribadi yang bernilai berjuta-juta dollar Amerika. Mengikut kertas siasatan tersebut, ini semua dapat dilakukan kerana mendapat restu dari Malaysian Official 1 sendiri.

Di dalam bahagian ketiga ini, kita akan melihat tatacara bagaimana Najib Razak dapat menggelapkan wang dari 1MDB yang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Ini semua diterangkan secara teliti oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat. Terpampang jelas di situ tanpa diselindung. Oleh kerana Kerajaan kita adalah kerajaan yang tidak tahu malu kerana kulit sudah tebal dilitupi najis, tidak sedikit pun Kerajaan ini menghantar surat saman kepada Amerika Syarikat untuk menyaman mereka kerana ‘memfitnah’ pemimpin agung, ketua kabilah amirul mukminin Najib Razak yang lagi suci dan bersih tanpa was-was.

Lupakanlah niat Najib untuk menyaman Wall Street Journal sejak hari Selasa di dalam bulan Julai tahun lepas. Orang yang bersalah mana mungkin akan menidakkan kertas siasatan tersebut. Cuma berani di depan macainya sahaja. “Saya mana pernah guna satu sen pun duit 1MDB untuk tujuan peribadi!” kata Najib. Dan macai pun mengangguk seperti lembu terhisap candu.

Pelik sungguh dengan Perdana Menteri kita ini. Di hadapan pengampunya, dia mengatakan bahawa Amerika Syarikat berniat jahat untuk menjatuhkannya. Tetapi di hadapan rakyat keseluruhan, dia memuji-muji Barack Obama dan terkini membodek Donald Trump. Belum pernah Perdana Menteri Malaysia menjilat kaki seorang Presiden Amerika Syarikat begitu rupa sebelum ini. Taktik meminta nyawa ini kelihatan amat jelek. Tetapi ahli-ahli parti UMNO Najib sudah buta hati dan turut serta memuji-muji Najib dan Donald Trump apabila mengetahui bahawa mereka berdua pernah bermain golf bersama-sama.

Tanpa basa-basi, di bawah adalah hasil siasatan dari pelbagai pihak luar negara tentang penyelewengan wang rakyat di dalam 1MDB. Ianya di dalam Bahasa Malaysia oleh itu, tidak sukar difahami oleh mereka seperti Jamal Baju Merah atau pun Pemuda UMNO.

Kesimpulannya, tidak ada penderma dari Raja Arab Saudi dan tidak ada bukti bahawa duit yang di ambil bukan dari 1MDB. Malah Najib sesungguhnya nampak bersalah kerana menyeleweng berbillion-billion dana dari Syarikat 1MDB dengan pertolongan kuncu-kuncunya.

Adakah ini contoh pemimpin Melayu yang bagus? Yang memecat atau memindahkan sesiapa sahaja yang mengkritik dan menyiasatnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *