Listen! Change we must for PERAK!

(21-7-2107)

Listen! Change we must for PERAK!

Kenyataan Media :

Pakatan Harapan minta kerajaan turunkan cukai GST, hidup rakyat kini kian tertekan

1. Pakatan Harapan Taiping hari ini minta kerajaan BN turunkan kadar cukai GST 6% kepada 3% dengan segera memandangkan hidup rakyat kini kian tertekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

2. Pakatan Harapan Taiping hari ini merujuk kepada laporan bahawa kadar pengangguran dalam negara kini telah mencecah paras 520,000 orang & kadar inflasi dalam negara pula mencatat paras 5.1%, iaitu kadar inflasi yang paling tinggi sejak tahun 2008.

3. Pakatan Harapan Taiping mendesak supaya kerajaan dengan segera mengurangkan penyelewengan, ketirisan, salah urus tadbir serta RASUAH yang semakin parah di pihak pimpinan kerajaan BN khususnya laporan Government Transformation Program( GTP) sendiri mengaku Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM15,000 juta atau RM15 billion setahun akibat dari gejala rasuah.

4. Sempena bulan Ramadan ini, Pakatan Harapan Taiping telah menyediakan 6,000 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat di seluruh kawasan Taiping dengan 200 bungkus bubur diedarkan setiap hari. Permintaan hangat dari masyarakat tempatan amat menggalakkan dan semoga kerja amal ini yang membantu rakyat akan mendapat berkat.