Perhimpunan haram baju merah di pejabat DAP Taiping adalah tidak berasas & bertujuan mengalih perhatian rakyat ke atas skandal raksasa 1 MDB yang melibatkan penyelewengan wang US3.5 bilion.

Kenyataan Media/ For immediate release

Perhimpunan haram baju merah di pejabat DAP Taiping adalah tidak berasas & bertujuan mengalih perhatian rakyat ke atas skandal raksasa 1 MDB yang melibatkan penyelewengan wang US3.5 bilion.

Saya merujuk kepada himpunan haram gang baju merah yang ditaja oleh UMNO dan diketuai oleh Ali Tinju di pejabat DAP Taiping petang ini. Perhimpunan haram ini jelas bersifat perkauman dan tidak patuhi undang-undang.

Perhimpunan tersebut adalah tanpa asas kerana cuba mengguna satu Kartoon palsu yang memfitnah saya kononnya merujuk kepada Hari Raya.

Saya telah membuat laporan polis terhadap fitnah tersebut dan pihak polis pun telah merekodkan kenyataan saya di Bukit Aman pada  2 minggu lalu. Oleh demikian, adalah jelas kelakuan gang baju merah adalah bertujuan menganggu siasatan polis dan merupakan usaha licik mengalihkan perhatian rakyat khususnya masyarakat Melayu ke atas skandal 1 MDB yang kini hangat setelah jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tuduhan rasmi menyita harta bernilai RM4,000 juta pada 21/7/2016.

Saya menyeru semua pihak tumpukan perhatian ke atas isu sebenar yang kini menggegarkan negara kita kerana melibatkan kecurian wang RM14,000 juta atau US3.5 bilion dari 1 MDB sehingga imej negara terjejas dengan teruk dan rakyat dipaksa menanggung hutang 1 MDB sebanyak RM50 bilion.

Saya juga mempersoalkan gang baju merah yang telah membuat demonstrasi buang duit neraka di depan ibu pejabat DAP Malaysia.

Persoalannya : Mengapa mereka tidak berani melakukan sebarang demonstrasi terhadap ” Malaysia Official 1″, Jho Low, Riza Aziz dan suspek lain yang telah dinamakan oleh jabatan kehakiman Amerika Syarikat? Bukankah isu skandal 1 MDB lebih penting kerana menjejaskan ekonomi negara?

Nasihat saya kepada mereka :

Jangan anggap rakyat bodoh, UMNO boleh tipu lembu tapi bukan rakyat Malaysia.

Tarikh : 28/7/2016

Sekian, terima kasih.

YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Taiping