Sambutan meriah di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Kepayang

Sambutan meriah di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Kepayang

( Ipoh 2-8-16)

Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Kepayang Nga Kor Ming mendapat sambutan meriah khususnya dari masyarakat Melayu Islam.

Majlis rumah terbuka tersebut telah diadakan di rumah pangsa Jalan Hospital, Ipoh dan dihadiri lebih dari 600 orang penduduk masyarakat tempatan.

Bekas Menteri Besar Negeri Perak Dato Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin dan Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar adalah tetamu khas majlis rumah terbuka tersebut.

Sempena majlis rumah terbuka Hari Raya tersebut, selain dari menghidangkan makanan tradisional Melayu, Kor Ming yang merupakan Pengerusi DAP Perak juga memberi duit raya kepada lebih dari 200 orang kanak-kanak-dan menambahkan keceriaan kepada majlis tersebut.

Kor Ming berkata, beliau berasa bersyukur bahawa majlis tersebut mendapat sambutan meriah dan beliau berasa amat terharu dengan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan Melayu serta ramai yang turut membantu menyediakan makanan istimewa untuk menjayakan majlis murni tersebut.

Kor Ming berkata, kejayaan majlis tersebut dan beliau sendiri  memberi duit raya kepada kanak-kanak beragama Islam terbukti dakwaan UMNO dan gang baju merah yang memperalatkan  Kartoon palsu mengatakan pemberian duit raya adalah rasuah & “dedak” nyata meleset dan merupakan fitnah yang cukup keji.

Kor Ming menegaskan bahawa Pakatan Harapan bertekad membawa politik baru supaya negara kita boleh bebas dari amalan rasuah dan politik perkauman yang kedua-duanya merupakan racun berbisa. Beliau harap rakyat bersatu menentang rasuah dan perkauman yang bersifat jahiliah.

( Gambar 1 ) : Dato Seri Nizar, Kor Ming dan V Sivakumar memuji masakan yang disediakan oleh penjaja medan selera untuk majlis rumah terbuka ADUN Kepayang.

( Gambar 2) : Kor Ming sendiri memberi duit raya kepada lebih 200 orang kanak-kanak beragama Islam.

( Gambar 3) : Kor Ming mengambil gambar bersama peminat beliau sempena majlis rumah terbuka Hari Raya.