Pakatan Harapan Negeri Perak sebulat suara mencadangkan V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Negeri

KENYATAAN MEDIA :

Pakatan Harapan Negeri Perak sebulat suara mencadangkan V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Negeri

1. Pakatan Harapan Perak hari ini sebulat suara mencalonkan V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang bakal mengadakan pemilihan speaker baru pada 9hb Ogos ini.

2. Jawatan Speaker menjadi kosong ekoran perletakan jawatan speaker Dato Seri Devamany yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada bulan lepas.

3. V Sivakumar merupakan bekas Speaker Dewan Negeri semasa Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri selepas PRU-12 pada tahun 2008.
Beliau mempunyai kelayakan akademik sarjana muda undang-undang dan saujana pengurusan perdagangan, beliau kini adalah setiausaha hal ehwal antarabangsa DAP pusat, Ahli jawatankuasa International Parliamentarian Union (IPU) Malaysia dan Ahli Parlimen Batu Gajah. Beliau juga pernah menjadi ADUN kawasan Tronoh.

4. Pakatan Harapan percaya dengan kelayakan dan pengalaman meluas beliau, V Sivakumar adalah calon yang paling sesuai untuk memegang jawatan penting ini dan mampu menjaga martabat dewan negeri Perak dengan baik dan penuh dengan tata susila.

5. Pakatan Harapan menyeru seluruh 59 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk Barisan Nasional dapat mengundi V Sivakumar berdasarkan kelayakan calon dan merentasi politik parti pada 9hb Ogos nanti.

Terima kasih.

Tarikh : 2/8/16

YB Senator Dr Muhammad Manuty
Pengerusi PKR Perak

YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak

YB Tuan Hj Asmuni Awi
Pengerusi Amanah Perak