Rakyat harus sedar RUU355 adalah helah politik UMNO untuk mengumpan PAS.

Kenyataan Media :

Rakyat harus sedar RUU355 adalah helah politik UMNO untuk mengumpan PAS.

1. Pengumuman oleh Pengerusi BN Dato Seri Najib Razak semalam bahawa kerajaan tidak akan bentang RUU355 terbukti rang undang-undang itu adalah jelas satu helah politik UMNO untuk mengumpan PAS.

2. Ketika negara dilanda krisis kewangan, kejatuhan ringgit & rakyat terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kerajaan BN perlu mengalih perhatian & fokus rakyat dan malangnya RUU355 telah dijadikan senjata politik walaupun rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3. Semua rakyat wajib sedar perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Perlembagaan adalah undang-Undang tertinggi negara kita dan mana-mana Akta yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah & tidak berkesan.

4. Perlu diperhatikan UMNO sedar sentimen perkauman & agama adalah jalan paling senang untuk memesong pandangan rakyat walaupun ia boleh mengundang musibah kepada rakyat & negara. Pengumuman Dato Seri Najib pada 29 Mac kini mengesahkan perkara ini sedangkan perkara ini telah berlarutan bertahun-tahun.

5. Berdasarkan kepada pengumuman oleh Najib, kini pihak kami berdoa & diharapkan semua rakyat harus sedar & menilai sendiri, jangan lagi ada yang masuk perangkap oleh pihak yang bertopengkan agama tapi hanya untuk kepentingan peribadi mereka.

Kenyataan media ini oleh YB Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak setelah menziarahi keluarga ibu tunggal Puan Vijayarani & memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak di Aulong lama.

Tarikh : 30 MAC, 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *